Muharam adalah bulan pertama dalam 12 bulan kalendar Hijrah yang diusulkan oleh Saidina Umar al-Khattab pada zaman pemerintahannya. Walaupun hijrah Nabi SAW tidak berlaku pada Muharam tetapi peristiwa hijrah adalah paling sesuai dijadikan asas permulaan tarikh dan tahun Hijrah. Senada dengan ungkapan Saidina Umar al-Khattab yang masyhur: “Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh”. Azam dan tekad untuk berhijrah memerlukan elemen kekuatan secara mental dan fizikal. Sehubungan itu, kesediaan untuk berubah adalah elemen utama yang membuahkan kejayaan. Seseorang yang ingin berhijrah sewajarnya memiliki keazaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya