KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) melakar suatu lagi kejayaan luar biasa dengan menjadi hospital pertama di Asia berjaya melakukan jenis rawatan baharu bagi pesakit yang menderita injap jantung bocor atau tricuspid regurgitation. Rawatan dengan prosedur invasif minimum itu, melibatkan penggunaan sistem penghantaran pramuat injap kering, yang disebut sistem Tricvalve Transcatheter Bicaval Valves (Bioprosthesis). Sistem ini digunakan untuk pesakit dengan injap bocor yang teruk dengan risiko tinggi untuk melalui pembedahan jantung terbuka. Prosedur ini berjaya dilakukan di IJN, 6 Mei lalu oleh kumpulan Kegagalan Jantung dan Pemindahan Jantung, Jabatan Kardiologi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya