PETALING JAYA: Mimpi ngeri berulang kembali bagi pelakon, Aeril Zafril setelah sekalig lagi disahkan dijangkiti wabak Covid-19.
Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, 32 mengesahkan perkara tersebut menerusi Instagramnya.
“Positif Covid-19 lagi. Tahun ini sahaja sudah dua kali kena. Padahal duduk rumah sahaja.
“Ada yang macam ini? Duduk di rumah pun positif?,” tulisnya.
Dalam pada itu isteri Aeril yang juga pelakon, Wawa Zainal menerusi Instastorynya yang di muat naik 14 jam lalu memberitahu dia dan anak-anak telah menjalani ujian RTK Antigen dan menerima keputusan negatif.
Namun katanya, mereka juga telah melakukan ujian saringan PCR dan masih menunggu keputusan.
Dalam pada itu, Instagram Aeril terus dihujani doa dan kata-kata semangat rakan selebriti dan peminat yang ingin melihatnya segera sembuh daripada wabak berkenaan.
Antara rakan artis yang menulis di ruangan komen adalah penyanyi tersohor, Anuar Zain.
“Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat Aeril. Amin ya rab,” tulisnya.
Selain itu, pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut berkongsi kata semangat untuk pelakon 7 Petala Langit ini.
“Terus kuat babe,” tulisnya.
Aeril sebelum ini pernah dijangkiti wabak tersebut pada Januari, awal tahun ini.