Jangan angkat berat, nanti tombong. Bagi wanita, pesanan ini melekat kemas dalam ingatan. Sejak dahulu lagi wanita sering diingatkan untuk menjaga mengenai kesihatan reproduktif. Tombong kelapa atau cocos nucifera, struktur embrio terdapat dalam buah kelapa tua yang disimpan untuk proses percambahan. Ia tiada kena mengena dengan kesihatan reproduktif wanita. Namun struktur tombong itu disamakan dengan situasi rahim jatuh atau prolaps organ pelvik (POP). Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Seri Suniza Sufian berkata, tombong atau POP bukan masalah terpencil tetapi ramai wanita mendiamkan diri daripada mendapatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya