Teknik kukus, tips seri muka durian, cantik dan kemas - Utusan Malaysia

Teknik kukus, tips seri muka durian, cantik dan kemas

Seri muka durian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Musim durian ini pasti banyak resipi menggunakan isi durian yang boleh anda cuba. Kepada penggemar kuih, salah satu resipi menggunakan isi durian yang boleh anda buat adalah kuih seri muka durian.

Melalui perkongsiannya di Facebook, Siti Hawa Samsam memberitahu resipi kuih seri muka durian ini dipelajarinya daripada dua kelas membuat kuih talam yang berbeza. Resipi yang digunakan adalah sama cuma teknik membuat kuih itu ada sedikit perbezaan.

Petua untuk membuat kuih ini adalah anda hanya perlu selalu buka dan tutup pengukus terutamanya untuk seri muka durian sebab ia menggunakan tepung kastard.

Selepas kuih siap dikukus, tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong. Dengan cara ini barulah anda akan mendapat potongan kuih yang cantik.

Rasanya lemak dan lembut sedap dimakan. Mungkin anda juga boleh membuat kuih ini untuk dibuat niaga bagi menambah pendapatan sampingan. Selamat mencuba!

Kuih seri muka durian

Bahan-bahan lapisan bawah:

450 gm pulut susu – kalau tiada, pulut biasa pun boleh rendam ( 1/2 jam)
600 ml santan (boleh perah 1 1/2 biji kelapa untuk dapatkan lapisan atas dan bawah sebanyak 1050 ml/gm)
1 1/2 sudu teh garam

Cara membuat lapisan bawah
1 – Toskan beras pulut. Masukkan beras pulut ke dalam loyang dan ratakan.
2 – Tuangkan santan yang telah dibancuh dengan garam. Ratakan pulut dan santan dan kukus selama 20 hingga 25 minit.

Bahan-bahan lapisan atas:
142 gm tepung gandum
37 gm tepung kastad
150 gm isi durian
240 gm Gula pasir halus
450 gm/ml santan
3 biji Telur A atau B 3
Sedikit pewarna kuning lemon

Cara membuat lapisan atas:
1 – Masukkan dalam bekas semua bahan kecuali isi durian. Kacau rata dengan menggunakan whisk dan tapis.
2 – Kisar sekejap bancuhan tadi bersama isi durian dalam blender.
3 – Masak sekejap adunan tadi sampai naik wap atau ada ketulan sedikit melekat dekat whisk.

Cara membuat kuih seri muka:
1 – Ambil loyang. Ambil pulut yang telah dikukus tadi dan masukkan ke dalam loyang untuk membuat lapisan bawah. Ratakan lapisan pulut guna sudu. Tekan-tekan sedikit sehingga rata.

2 – Tuangkan lapisan atas itu ke atas pulut. Kukus selama 20 hingga 25 minit. Kena kerap buka tutup kukusan untuk dapatkan permukaan kuih yang cantik

Nota: Kukus guna loyang 10 x 10 x 2 yang dilapisi plastik 16 x 16. Basahkan loyang terlebih dahulu dan sapukan sedikit minyak di bahagian bawah, tepi dan permukaan loyang untuk mudah hendak keluarkan kuih bila sudah sejuk.

Terima kasih : Siti Hawa Samsam
Facebook : Siti Hawa Samsam / Resepi Masakan Kak Hawa https://www.facebook.com/groups/1133126083818669

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya