Naque gesa kerajaan proaktif selamatkan industri seni teater - Utusan Malaysia

Naque gesa kerajaan proaktif selamatkan industri seni teater

Naque Ariffin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pensyarah, Naque Ariffin, menggesa kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dalam menyelamatkan industri seni teater.

Menurut Naque, 30, ketika dihubungi berkata, kerajaan perlu melakukan sesuatu sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlanjutan walaupun selepas melewati Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa itu nanti.

“Saya percaya kerajaan ada menyalurkan dana kepada panggung teater seperti di Istana Budaya dan Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Tetapi tidakkah ia akan menjadi satu pembaziran di mana dana hanya diguna pakai untuk penyelenggaraan sahaja? Duit hanya keluar tapi tiada masuk?

“Buka sektor seni, beri penggiat-penggiat seni bekerja. Dengan memberi dana one-off sahaja tidak membantu. Penggiat seni juga perlu bekerja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, pengarah berkaliber tersebut turut mengusulkan buah fikiran yang dirasakan bernas demi menyelamatkan industri seni teater tempatan.

“Setiap hasil kutipan atau jualan tiket hiburan ada cukainya. Rasionalnya, jika tiada aktiviti melibatkan hiburan khususnya dalam agensi hiburan, bagaimana ia akan dapat menyumbangkan kepada pendapatan ekonomi negara?

“Kita terima tiada program disebabkan pendemik, maka sesuaikan program itu dengan norma baharu, persembahan atas talian. Jadikan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah (JKKN) sebagai contoh, mereka melaksanakan program secara berkala.

“Kalau tidak mampu untuk menghasilkan produk, sebagai alternatif, agensi kerajaan boleh berkolaborasi dengan rumah produksi teater secara atas talian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Naque berharap agar rumah produksi bukan kerajaan seperti Revolution Stage dan Five Arts Center serta banyak lagi dapat dijadikan sebagai peluang ekonomi setempat.

“Bantu mereka membangunkan kemahiran perniagaan seni yang akan memberi pulangan baik kepada masyarakat. Seni itu terapi, kita sudah burn-out sepanjang PKP ini,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, pendidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu menjemput orang ramai untuk menyaksikan sebuah projek pelajar tahun akhir Seni Persembahan (Teater) atas talian bermula hari ini sehingga sehingga 12 Julai depan, dari pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam. Pembelian tiket boleh hubungi terus di Instagram @productionrekayasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya