Kerang adalah salah satu makanan laut bercengkerang yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ia juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan serta mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Bagaimanapun, kini makanan laut itu seolah-olah menjadi makanan buat golongan ‘bangsawan’ ekoran harga yang melambung tinggi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, harga kerang sudah melambung sehingga RM20 sekilogram berbanding harga pada lebih 10 tahun lalu yang hanya dijual sekitar RM6 sekilogram sahaja. Kerang di negara ini juga hanya boleh didapati lokasi tertentu iaitu di sekitar kawasan pantai berlumpur di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya