MELABEL pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak atau pedofilia pada dokumen peribadi memerlukan kajian menyeluruh. Sebabnya, ia boleh memberi impak sosial kepada pesalah dan masyarakat. Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd. Rahim berkata, apa yang dibimbangi, apabila undang-undang dipinda dan terpakai, ada pihak cuba mengambil kesempatan mengheret mana-mana individu sebagai pelaku. “Tindakan berkenaan boleh menyebabkan penganiayaan. Apatah lagi sekiranya tiada perancangan betul dan pencegahan sewajarnya dilaksanakan bagi menghapuskan pedofilia di Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Beliau mengulas dokumen pedofilia akan dilabel dengan tanda amaran ‘bahaya’. Sebuah portal antarabangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya