PETALING JAYA: Sering dilihat kerap mengenakan selendang, pelakon terkenal, Farah Nabila, mendapat perhatian dan pujian daripada peminatnya di media sosial Instagram.
Tinjauan Utusan Malaysia di laman maya mendapati, rata-rata warganet dan peminat pelakon drama Mocha Kau Bahagia itu mendoakan agar dirinya menjaga penampilan berpakaian sopan serta bertudung penuh pula.
Menerusi entri Instagram Farah, dia juga kerap tampil berpakaian sopan dengan mengenakan baju kurung serta berselendang yang memperlihatkan dirinya tambah ayu dan jelita.
“Alhamdulillah berselendang, sudah dekat dah itu untuk bertudung penuh ya nanti. Semoga terus Istiqamah kak Farah.
“Cuba kakak bertudung, InshaAllah dah boleh pakai selendang itu berhijab sahajalah terus. Moga Allah merahmati kita.
“Makin cantik kak Farah kita ini. Semoga dipermudahkan urusan Farah untuk berhijab,” coret warganet di ruangan komen gambar di Instagramnya.