Gambar terbaharu Aishwarya Rai Bachan curi perhatian - Utusan Malaysia

Gambar terbaharu Aishwarya Rai Bachan curi perhatian

Aishwarya Rai Bachan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Jelitawan Bollywood, Aishwarya Rai Bachan mencuri perhatian warganet setelah gambar terbaharunya tular di media sosial.

Bintang Devdas itu tampil mempersona menerusi sekeping gambar yang diabadikan dalam kalendar 2021 yang dirakam jurugambar tersohor, Dabboo Ratnani.

Dabboo yang berkongsi gambar eksklusif itu di Instgramnya memuji kejelitaan Aishwarya yang tidak lama dahulu ‘diangkat’ sebagai wanita tercantik dunia.

“Apabila cahaya menyerlah dari dalam, anda akan melihatnya pada luaran.

“Seri kecantikan Aishwarya Rai Bachan untuk dabbooratnanicalendar,” tulisnya.

Imej tersebut menjadi tular dengan jumlah likes mencecah 45,151 di Instagram.

Dalam pada itu, bekas ratu cantik dunia 1994 itu bakal tampil dalam filem terbaharu, Ponniyin Selvan yang akan menemui penonton sekitar tahun hadapan.

Beliau bakal bergandingan dengan nama besar seperti Chaiyaan Vikram, Jayam Ravi dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya