KUALA LUMPUR: Setelah terlalu lama duduk di rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pelakon, Fasha Sandha, 37, meluahkan kerinduan untuk kembali aktif bekerja seperti dahulu.
Menerusi satu entri di Instagramnya, Fasha mengakui dia rindu untuk bekerja meskipun dia sebenarnya seorang yang suka duduk di rumah.
“Suka duduk rumah. Banyak masa dengan keluarga, syukur.
“Tapi, diwaktu yang sama rindu juga nak kerja. Hanya wanita yang biasa bekerja faham apa maksud saya,” tulisnya.
Dalam entri yang sama, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini menitipkan pesanan kepada orang ramai agar akur dengan keadaan sekarang demi keselamatan bersama.
“Kita kena akur demi keselamatan semua.
“Semoga kita semua bebas daripada Covid-19 tidak lama lagi,” tambahnya.