Sempena hari emoji sedunia, Adobe mendedahkan antara emoji yang paling digemari oleh pengguna adalah ?, ?, ❤️, ? dan ?.
Kesemua emoji kegemaran itu mewakili perasaan gembira, cinta, suka dan juga sedih yang digambarkan oleh pengguna-pengguna dalam bentuk emoji.
Hasil kajian respon pengguna terhadap emoji juga turut menunjukkan bahawa majoriti pengguna bersetuju emoji memudahkan mereka untuk mengekspresi diri dengan lebih baik, malah memudahkan komunikasi antara dua orang yang berlainan bahasa.
Sifat bahasa yang abstrak terutamanya ketika berkomunikasi secara digital sangat memerlukan bantuan daripada emoji sebagai pelengkap supaya mesej yang disampaikan dapat difahami dengan betul.
Ia membantu daripada segi penerima untuk mentafsir gaya bahasa dan reaksi emosi daripada penghantar dengan melihat kepada bentuk emoji yang dipilih sama ada ketawa, menangis, sedih atau pun marah.
Malah, perbincangan secara maya juga sering disalahtafsir atau pun dianggap biadap oleh penerima kerana hanya membaca konteks ayat sahaja tanpa mengetahui nada suara sebenar si penghantar.
Dengan adanya emoji yang berbentuk imej yang mempunyai pelbagai perasaan memudahkan orang lain memahami konteks sebenar ayat, jadi tidak hairanlah lebih ramai yang gemar menggunakan emoji pada ketika ini bagi mengelakkan salah faham.
Selain itu, emoji turut memainkan peranan penting sebagai alat komunikasi di tempat kerja untuk membentuk kerjasama, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Hal ini kerana penambahan stiker atau emoji ini di setiap ayat memudahkan setiap orang untuk berkongsi idea sekaligus menjadikan proses membuat keputusan lebih cepat daripada biasa.
Oleh itu, emoji disimpulkan sebagai salah satu perkara yang boleh mewujudkan suasana empati iaitu daya menyelami dan memahami perasaan orang lain dengan lebih mudah.