PETALING JAYA: Penyanyi, Ashira Aziz mengesahkan dirinya kini dijangkiti wabak Covid-19. Ashira atau nama sebenar, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz berkongsi khabar duka itu menerusi Instagramnya. “Salam semua. Saya positif, duduk diam-diam pun kena. Doakan saya diberi kesembuhan,” tulisnya. Dalam entri sama, Ashira memohon semua peminat agar mendoakan keselamatan ahli keluarganya yang juga berisiko dijangkiti wabak berkenaan. “Doakan Bad, anak saya dan anak buah saya tidak dijangkiti, terima kasih,” tulisnya sayu.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya