Sebagai sokongan terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung pada ketika ini, jenama jam tangan pintar, Garmin Malaysia mengadakan pertandingan bagi menggalakkan rakyat untuk mengambil vaksin. Ia juga sebagai usaha untuk mencapai imuniti kelompok sekaligus membendung penularan wabak Covid-19. Pertandingan berlangsung hingga 2 Ogos 2021 itu memerlukan peserta untuk memuatnaik kandungan positif dan menarik mengenai pengalaman vaksinasi mereka di laman sosial Instagram. Pemenang bertuah akan memenangi jam tangan pintar Garmin Venu 2 atau Venu 2s bernilai RM1,799 yang dilengkapi fungsi Pulse Oximetry (Pulse Ox) bagi mengukur tahap oksigen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya