Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger berterusan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi. Terkini, DENTIGRE STRAP, model sandal bertali pengikat dilancarkan susulan daripada pengenalan siri DENTIGRE yang muncul buat pertama kalinya dalam himpunan musim luruh dan dingin tahun lalu. Model hibrid ini adalah kombinasi padanan gaya ringkas dan ringan bersama penampilan lasak, namun masih selesa di bahagian tapaknya. Sebagai tambahan, logo Onitsuka Tiger ditonjolkan pada bahagian tali pengikat sebagai penghias. Rekaan pengikat bercangkuk dan gelung yang ditampilkan bukan sahaja memudahkan pemakaiannya malah boleh dilaraskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya