Bulan Syawal telah menutup tirainya menandakan bahawa kita masih jauh dengan Ramadan. Banyak pelajaran yang kita peroleh daripada Ramadan yang sewajarnya dibawa bersama sepanjang masa walaupun semakin hari semakin jauh Ramadan meninggalkan kita. Orang mukmin mestilah yakin bahawa semangat dan roh ini bukan hanya dikecapi pada Ramadan sahaja, tetapi ia perlu diterjemahkan sepanjang masa tanpa mengira tempat dan masa. Jika sebaliknya, maka tiada apa yang manfaat bagi diri seseorang mukmin melainkan hanyalah semangat semata-mata. Sabar antara pelajaran penting yang mesti dibina dan dipelihara pada waktu kita semua sedang diuji dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya