Aplikasi Hafazan Smart AQuran Memorization (SmART Al-Q) muncul top 5 dalam kalangan peserta kategori sekolah menengah pada Pertandingan International University Carnival on e-learning (IUCEL2021) baru-baru ini. IUCEL2021 adalah anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi(JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Majlis E-Pembelajaran IPTA Malaysia. Karnival e-pembelajaran peringkat antarabangsa berlangsung secara virtual selama dua hari berakhir 16 Jun lalu. Ia bertujuan mempamerkan produk inovasi berkualiti tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi dibangunkan guru pakar tahfiz, Ustaz Ismail Salleh itu sebelum pernah merangkul sembilan pingat emas pada peringkat kebangsaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya