Ramadan sudah hampir menutup tirainya. Setelah sebulan penuh umat Islam memenuhi bulan mulia ini dengan beribadah seperti solat tarawih, puasa, tilawah al-Quran, bertahajud, zakat, sedekah dan lain-lain ibadah; maka perjalanan akhir sudah hampir tiba. Lebih indah lagi apabila 10 malam terakhir ini dipenuhkan dengan tingkatan ibadah semaksimum mungkin. Ada yang mengejar lailatul qadar bertahajud sepanjang malam. Ada yang mengejar mengkhatamkan al-Quran sebanyak-banyaknya selagi masih dalam Ramadan. Akan tetapi, apakah segala ibadah ini akan dikekalkan setelah Ramadan berakhir? Apakah bulan Syawal dijadikan bulan boleh meninggalkan ibadah dan fokus kepada keduniaan semata?…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya