Syawal adalah hari kebesaran yang diraikan oleh umat Islam sebagai tanda kesyukuran mereka kepada Allah lantaran hidayah dan taufiq-Nya kepada mereka dalam melaksanakan kewajipan puasa dan menghidupkan malam dengan ibadah sepanjang Ramadan. Kegembiraan pada 1 Syawal telah disyariatkan oleh Allah sehingga seseorang muslim tidak dibenarkan berpuasa pada 1 Syawal agar dapat bergembira menikmati juadah sepanjang hari raya Aidilfitri. Apabila anak bulan Syawal kelihatan, maka bermulalah malam hari raya Aidilfitri yang sangat bermakna bagi mereka yang telah berjaya melaksanakan perintah Allah sepanjang bulan Ramadan. Sebagaimana yang dimaklumi, setiap malam pada bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya