Sekali pandang nampak seperti butang baju Melayu biasa. Namun, aksesori baju Melayu daripada jenama Tombol ini sebenarnya lain daripada kebiasaan malah membawa sentuhan segar buat pakaian tradisional, merai Aidilfitri. Diperbuat daripada paladium perak iaitu sejenis bahan bernilai dan berharga serta mempunyai ciri-ciri premium, ia memberikan sentuhan elegan, moden serta gaya yang lebih ringkas untuk Hari Raya tahun ini. Pereka, Shiela Osman berkata, penggunaan paladium perak merupakan antara terkini dalam pasaran Malaysia. Malah, kualitinya juga lebih tahan lama berbanding bahan lain ada di pasaran. “Kalau kita tengok pasaran sekarang, kebanyakan rekaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya