PETALING JAYA: Keupayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan pulangan yang konsisten terhadap para pelaburnya dalam tempoh sukar pandemik Covid-19 ini wajar dipuji. Ini berdasarkan keupayaan agensi dana persaraan nasional itu mengimbangkan portfolio pelaburan dengan reaksi yang cukup pantas kepada iklim pelaburan yang amat cepat berubah dan mendebarkan. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pelaburan dan pengimbangan portfolio KWSP secara strategik terutamanya portfolio ekuiti iaitu 42 peratus telah berjaya mengimbangkan keseluruhan portfolio miliknya. “Ini telah ditafsirkan dengan pulangan yang cukup memberangsangkan iaitu RM47.64…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya