MASJID berasal daripada perkataan sajada yang bererti tempat sujud. Selain sebagai tempat ibadah bagi umat Islam, masjid juga merupakan pusat kehidupan umat Islam. Sebagai pusat kegiatan ummah tentunya masjid mempunyai fungsi yang pelbagai, antaranya fungsi keagamaan, fungsi pendidikan, fungsi ekonomi, fungsi sosial, fungsi politik dan sebagainya serta menjadi tugas umat Islam untuk mengimarahkan masjid agar ia sentiasa hidup. Menurut Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri di dalam artikel Bayan Linnas Siri ke-206 yang bertajuk ‘Pengimarahan Masjid Tugas Kita’, pengimarahan masjid memberi dua maksud yang perlu dipelihara dan dilaksana iaitu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya