SEDANG saya tekun menelaah mata pelajaran Sains, bunyi loceng rumah memecah kesunyian. Tiba-tiba saya dipanggil kakak. Sebaik sahaja turun, ibu dan kakak memaklumkan ada kejutan sambil menghulurkan sebuah bungkusan yang baru diterima. Dalam kehairanan saya cuba meneka hadiah istimewa itu. Sebaik sahaja membuka balutan bungkusan, saya seperti tidak percaya. Sudah lama saya mencari buku Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang di kedai-kedai buku, namun gagal. Rupanya, dalam diam ibu dan kakak berusaha mendapatkannya sehingga berjaya. Veksilologi atau kajian bendera adalah bidang yang sangat saya minati. Semuanya bermula saat kami menunggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya