Port Dickson tidak perlu diperkenalkan lagi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang menawarkan tarikan pantai peranginan sejak sekian lama. Walaupun sudah dikenali ramai, namun usaha terus dilakukan pelbagai pihak bagi memastikan ia terus dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. Pantai Bagan Pinang merupakan satu daripada 11 pantai peranginan yang terdapat di Port Dickson. Ia selalu menjadi pilihan pengunjung untuk berkelah terutama pada hujung minggu dan cuti-cuti umum. Sejak tahun lalu, pantai tersebut mempunyai satu lagi daya tarikan terutama buat kaki pancing iaitu aktiviti berkayak sambil memancing. Aktiviti tersebut cukup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya