MEMILIH kerjaya yang lasak dan perlu memikul beban berat dengan keadaan persekitaran didominasi golongan lelaki sudah tentu bukan pilihan utama bagi wanita. Keadaan itu bagaimanapun berbeza bagi Azila Azman, 34, atau diberi jolokan ‘akak tong gas’ apabila menyahut cabaran dengan bekerja sebagai penghantar tong gas. Biarpun dilihat janggal apabila ada wanita memilih pekerjaan berkenaan, namun bagi Azila ia bukanlah masalah besar untuknya kerana telah bersedia baik dari segi mental mahupun fizikal. Bahkan Azila berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan ‘tugas berat’ itu kerana personalitinya sendiri yang gemar kepada cabaran.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya