Gelombang ketiga Covid-19, Paris tegaskan tiada kawalan pergerakan - Utusan Malaysia

Gelombang ketiga Covid-19, Paris tegaskan tiada kawalan pergerakan

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mempertahankan tindakan untuk tidak melaksanakan kawalan pergerakan kali ketiga kerana yakin kemampuan mengendalikan pandemik Covid-19 ketika gelombang ketiga akan melanda. 

Perancis akan menutup pintu sempadan kecuali bagi perjalanan penting dari negara luar Kesatuan Eropah (EU), dengan memastikan keputusan ujian calitan adalah negatif. 

Pasar raya besar akan ditutup dan pemantauan bilangan anggota polis akan ditingkatkan bagi melaksanakan kawalan pergerakan pada pukul 6 petang. 

Namun, Macron meminta arahan itu ditangguhkan sementara kerana mahu melihat kaedah lain terlebih dahulu sama ada mencukupi untuk menghentikan penyebaran jangkitan wabak itu. 

“Saya mempunyai kepercayaan dalam kalangan kita. Saat ini kita hidup dalam tempoh mencabar. Ayuh kita lakukan apa sahaja untuk memperlahankan pandemik ini bersama,” kata Macron menerusi Twitter. 

Dengan 10 peratus kes sekarang menyumbang kepada varian lebih mudah berjangkit di Britain, pakar perubatan mengesyorkan kawalan pergerakan baharu dilaksanakan.

Malah, satu tinjauan mendapati majoriti rakyat Perancis memikirkan varian baharu tidak dapat dielakkan serta menunjukkan keyakinan orang awam semakin merosot terhadap pengendalian krisis oleh pihak kerajaan.  

Perancis merekodkan 24,393 kes jangkitan Covid-19 baharu semalam, dengan bilangan pesakit wabak yang dimasukkan ke hospital melebihi 27,000 orang bagi hari kelima berturut-turut. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya