GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan perlu segera melaksanakan pembelajaran melalui saluran televisyen (TV) secara komprehensif dan bersepadu sebagai alternatif kepada pembelajaran dalam talian sewaktu tempoh darurat ketika ini. Pakar pendidikan dan sosiologi, Anuar Ahmad berkata, kaedah itu dilihat lebih sesuai memandangkan capaian kepada saluran televisyen seperti RTM terdapat di seluruh negara. Ujar pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, Kementerian Pendidikan boleh menyediakan jadual waktu kelas dari darjah satu hingga tingkatan enam dan menyediakan video pengajaran oleh guru pakar bagi setiap mata pelajaran. “Seberapa ramai guru boleh dilantik untuk membuat video pengajaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya