Seawal di bangku sekolah lagi anak muda ini sudah memperlihatkan bakatnya yang terpendam. Mula aktif menyanyi ketika mengadakan persembahan bersama ‘kugiran kampung’ di majlis kenduri kahwin tempat kelahirannya di Muar, Johor. Siapa sangka minat dan kesungguhan yang ditunjukkan akhirnya membuahkan hasil sehingga menjadikan dia penghibur serba boleh. Sebaik berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Pertukangan Kayu, Tanggam & Bangunan (KTB) di Institut Kemahiran Mara (IKM), Manjung Perak, pada tahun 1986, dia pulang semula ke Muar dan menyertai kumpulan BM Group. Penyertaannya merupakan langkah kanan apabila BM Group berjaya menjadi residen artis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya