ALOR SETAR: Kesempitan hidup ibu tunggal anak sembilan yang disiarkan di Utusan Malaysia semalam mendapat perhatian pelbagai pihak yang prihatin dengan menghulurkan bantuan. Menurut Saaidah Puteh, 40, keluarganya didatangi beberapa individu yang bersimpati dengan mereka dan menghulurkan bantuan wang tunai serta makanan untuk anak-anaknya. Tanpa mendedahkan dermawan terbabit atas permintaannya, kata Saaidah, sumbangan tersebut sangat berharga kepada keluarganya. “Alhamdulillah ada juga yang bersimpati dengan kami dan sumbang wang tunai. “Wang ini akan saya gunakan untuk menyediakan keperluan anak-anak belajar seperti buku dan kelengkapan sekolah lain. “Saya juga boleh buat tambah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya