Kisah kali ini agak menyayat hati. Barangkali selepas membaca catatan saya kali ini, perasaan anda juga sama seperti saya. Sebak luar biasa. Ia berlaku sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Saya mengambil penumpang wanita berusia pertengahan 60-an. Melihat nama terpapar pada aplikasi Grab, saya ringkaskan sebagai Makcik A yang mahu pulang ke rumah di Putrajaya dari Cheras. Sebaik saja dia duduk di bahagian belakang, soalan pertama terpacul adalah “dah lama anak bawa Grab?” Saya jawab, tidaklah lama, baru dua tahun lebih. “Mesti dapat i-Sinar kan? tanya makcik ini. Saya jawab,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya