KOTA BHARU: “Panasnya pakai sut peralatan perlindungan diri (PPE), tetapi lagi ‘panas’ bila tengok orang langgar Prosedur Operasi Standard (SOP).” Itu luahan petugas barisan hadapan, Dr. Muhammad Rashdan Roslan kepada wartawan Utusan Malaysia apabila ditanya tentang situasi kes Covid-19 di negara ini yang melonjak sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Reaksi tersebut adalah manifestasi rasa terkilan dan kecewa dirinya dan rakan seperjuangan apabila melihat sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19. Menurut beliau, bekerja sambil memakai PPE selama berbelas-belas jam setiap hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya