Nampaknya ramai yang tersenyum lebar bila duit ‘bantuan hayat’ i-Sinar dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mula dimasukkan ke akaun masing-masing. Bersinar-sinar wajah masing-masing ya termasuklah wajah geng pemandu e-hailing. Dapatlah membantu kehidupan dan membayar apa yang perlu, terutama dalam keadaan sekarang yang masih berperang dengan pandemik Covid-19. Dalam perjalanan membawa seorang pemuda berusia awal 30-an menuju ke Wangsa Maju baru-baru ini, sengaja saya ajak bersembang mengenai i-Sinar. Saya bertanya kepadanya sama ada memohon atau tidak bantuan tersebut. “Mestilah mohon. Rugilah tak mohon. Dah dapat pun separuh duitnya. Alhamdulilah,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya