TAMPAKNYA Tan Sri Annuar Musa sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi setelah selama ini lebih suka berkias berlapik bahasa. Pengguguran Ahli Parlimen Ketereh itu daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) kelmarin seolah-olah memberi isyarat pengisytiharan ‘perang’ terbuka. Situasi dialami tokoh politik Kelantan berusia 64 tahun tersebut nampaknya jauh lebih rumit daripada menguruskan skuad bola sepak negeri itu yang popular digelar The Red Warriors. Ironi, bagi yang sentiasa mengikuti perjalanan politik Annuar, isu dirinya diganti dengan Datuk Seri Ahmad Maslan itu sebenarnya boleh dianggap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya