KUALA LUMPUR: Akar umbi UMNO memberi isyarat jelas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ini berdasarkan keputusan 189 daripada 191 bahagian yang selesai bermesyuarat semalam membawa usul menolak sebarang kerjasama antara kedua-dua parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Utusan Malaysia difahamkan, 191 bahagian yang selesai bersidang, sebanyak 189 daripadanya mengusulkan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu. Hanya dua bahagian yang menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan Bersatu iaitu satu di Kelantan dan satu lagi di Perlis berdasarkan kepada kenyataan kedua-dua pemimpin dari bahagian tersebut. Perkara itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya