GEORGETOWN: Seorang pengawal peribadi dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh majikannya dan dua lagi individu dalam insiden tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini empat tahun lalu. Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Ja’afar Halid, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Dia disabit membunuh majikannya, yang juga ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwong, 32, dan dua individu lain, Choi Hoi Ming, 32 dan Senthil Murugiah, 38, dengan menembak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya