Terpaksa ubah nama kampung - Utusan Malaysia

Terpaksa ubah nama kampung

PELANCONG tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di papan tanda nama kampung tersebut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Penduduk di sebuah perkampungan berhampiran sini terpaksa mengubah nama tempat tinggal mereka yang disifatkan ‘kurang ajar’, selain sering mendapat kritikan pengguna media sosial.

Hal ini kerana, kampung tersebut yang terletak kira-kira 305 kilometer ke tenggara Vienna dinamakan sebagai ‘F***ing’ yang membawa maksud tidak baik dalam Bahasa Inggeris.

Menurut pakar, kampung tersebut dinamakan sedemikian sejak abad ke-11 lagi.

Nama unik tersebut menyaksikan jumlah pelancong luar yang mengunjungi perkampungan tersebut semakin bertambah saban tahun.

Kebanyakan pelancong tidak melepaskan peluang bergambar di papan tanda nama kampung berkenaan, malah ada laporan mendakwa papan tanda itu sering dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bermula Januari 2021, kampung tersebut akan dikenali dengan nama baharu iaitu Fugging dan langkah itu memberi kelegaan kepada penduduknya.

Datuk Bandar Tarsdorf, Andrea Holzner turut mengesahkan nama kampung tersebut akan ditukar tahun depan.

“Saya boleh sahkan bahawa nama kampung itu bakal ditukar tahun depan. Penduduk kampung boleh menarik nafas lega dan berharap mereka tidak lagi dijadikan bahan jenaka oleh pelbagai pihak,” katanya.

Menurut akhbar tempatan, Die Presse, penduduk kampung itu sering menjadi mangsa ejekan banyak pihak, termasuk para pelancong yang mengunjungi kawasan tersebut.

Kampung tersebut mula diduduki pada 1070 dan penduduk tempatan menceritakan nama asalnya adalah Focko sempena nama seorang tokoh dari Bavaria pada abad keenam.

Namun, bermula 1825, nama kampung tersebut sudah diubah kepada F***ing dan digunakan sehingga kini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya