2050: Empat bilion penduduk dunia gemuk  - Utusan Malaysia

2050: Empat bilion penduduk dunia gemuk 

KAJIAN terbaharu meramalkan empat bilion penduduk dunia bakal obesiti menjelang 2050 akibat faktor diet tinggi lemak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pakar menjangkakan seramai empat bilion manusia mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan menjelang 2050. 

Lapor Daily Mail, kajian terbaharu itu dijalankan oleh The Postdam Institute for Climate Impact (PIK) yang meramalkan 1.5 bilion manusia mengalami masalah obesiti sementara 500 juta penduduk dunia mengalami masalah kurang berat badan dan kebuluran. 

Sekiranya trend pemakanan itu berlanjutan di seluruh dunia, situasi itu boleh menyebabkan berlakunya jurang pemakanan dalam tempoh 30 tahun akan datang. 

Bagi meramalkan bagaimana pemakanan global boleh berubah pada masa akan datang, kajian pertama menilai pengambilan makanan yang diambil oleh setiap orang, bagaimana populasi dan makanan berkembang serta pembaziran terhasil. 

Sejak 1965, penduduk dunia beralih ke makanan yang diproses tinggi, makanan bergula dan mengandungi karbohidrat malah banyak populasi dunia kurang mengambil sayur-sayuran serta makanan berasaskan tanaman. 

 Peralihan pengambilan makanan itu bermaksud lebih banyak kalori kosong dan diet tinggi lemak yang pastinya dapat menampung berat badan, tetapi tidak banyak memberikan tenaga kepada tubuh badan manusia. 

Kaedah pemprosesan itu lebih murah, lebih cepat dan kurang rentan terhadap kehendak cuaca dan keadaan semula jadi yang menjadikannya mudah dipercayai, sedangkan sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kita.

Akibatnya, 29 peratus penduduk dunia mengalami berat badan berlebihan pada 2010 dan sembilan peratus dikategorikan gemuk dengan indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya