SUDAH masuk hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan ke atas Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pemandu Grab kembali runsing untuk dua minggu ini sebab jumlah penumpang merudum. Waktu ini, lebih ramai pemandu daripada penumpang. Berlegar tiga jam pun belum tentu ‘sangkut’ penumpang. Aduhai. Lebih-lebih lagi bila ramai warga asing terutamanya dari Bangladesh, Nepal atau Pakistan, tak berani keluar. Mereka ini antara pelanggan paling digemari sebab perjalanan yang diambil biasanya dalam jarak jauh. Maka, tambang pun besar. Apa pun, mahu tak mahu terpaksalah kami pemandu Grab ‘hadap’ sahaja keadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya