SEMASA diminta mengulas lagu Menunggu oleh Orkes A. Hizadin yang mendapat tempat ketiga Anugerah Lagu Indie (ALI) 2020, saya tegaskan elemen terkuat dalam lagu itu adalah liriknya. Bait kata yang disusun Amirudin Hizadin sebagai penulis lirik bukan sekadar menyentuh emosi malah akal kerana dia menggunakan klausa yang segar dalam menyampaikan sesuatu makna. Selepas Amirudin menceritakan kisah di sebalik penghasilan lagu tersebut, saya bertambah yakin bahawa Menunggu adalah sebuah adikarya; malah lebih tinggi tempatnya berbanding lagu Kejayaan dan 2.6 Bintang yang mula memperkenalkan namanya sebagai penyanyi dahulu. Menurut Amirudin, lirik itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya