Hantu pun pesan Grab? - Utusan Malaysia

Hantu pun pesan Grab?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGALAMAN pemandu Grab tidak terbatas kepada manusia sahaja. Maksudnya? Ada juga makhluk yang tak nampak di mata mahu naik Grab! Tak percaya? Baca kisah ini.

Kawan yang saya panggil Ila ini bercerita dengan muka cemas. Katanya kepada saya, salah seorang rakan dalam grup WhatsAppnya demam terkejut. Terkejut sebab ada ‘hantu’ pesan Grab!

“Dia ini kita orang panggil Mamat. Macam orang lain juga, kami ada grup WhatsApp untuk pemandu Grab,” kata Ila memulakan cerita.

Grup WhatsApp pemandu memang perlu. Kalau ada masalah misalnya sesat, kereta rosak, minyak habis dan sebagainya, mereka inilah yang akan datang membantu.

“Masa itu kami sibuk bersembang di WhatsApp. Mamat pun sembang sekali. Masa itu dah dekat masuk waktu Maghrib dan kami berehat kejap sementara menunggu azan,” jelasnya. Oleh kerana mereka tengah rancak sembang, Mamat beritahu, dia nak gerak dulu sebab sudah dapat penumpang.

“Masa kami rancak berborak, tiba-tiba Mamat hantar satu gambar dalam WhatsApp. Rupanya dia dah sampai ke pick up point.

“Gambar itu menunjukkan sebuah rumah teres. Tapi rumah itu gelap gelita dan tiada lampu, seperti rumah tinggal.

“Mamat sempat bulatkan satu lembaga dalam gambar. Memang nampak ada kelibat lembaga. Mungkin bayang atau pantulan sesuatu, tak tahulah,” cerita Ila.

Oleh sebab masa menunggu kena lima minit, maka nak tak nak Mamat pun tunggulah depan rumah itu. Tapi penumpang tak keluar-keluar.

“Kami semua suruh Mamat bergerak saja. Kami pun risau juga, dia seorang diri di situ.

“Mamat pun ambil keputusan nak batalkan pesanan Grab. Dia buka aplikasi Grab nak batal booking tapi booking tu tak ada!

“Lagi seram bila tak ada langsung sejarah batal dari penumpang atau dari Khidmat Pelanggan (CS). Dari dia sendiri dah tentu tiada.

“Lepas itu Mamat telefon CS untuk pengesahan. CS cakap memang tiada booking. CS meminta Mamat keluar dari kawasan itu,” kata Ila panjang lebar.

“Apa jadi dengan Mamat lepas itu? tanya saya. Kata Ila, selepas itu, Mamat menyepikan diri dan langsung tak menyahut bila ditanya rakan-rakan dalam WhatsApp. Malah, telefon bimbitnya bertutup dan hanya tinggal peti simpanan suara apabila ada yang cuba menghubungi Mamat.

“Esok paginya barulah Mamat muncul dalam WhatsApp. Rupa-rupanya lepas CS suruh dia keluar dari kawasan itu, dia terus keluar dan rasa seram sejuk.

“Masa itu juga Mamat tutup telefon dan terus balik rumah. Masa dia hantar mesej itu, rupa-rupanya dia demam. Demam terkejut. Sampai beberapa hari juga dia demam,” kata Ila.

Aduhai, saya yang tak berapa berani ini mula fikir macam-macam. Bukan tak percaya tapi timbul persoalan. Antaranya, macam mana entiti ni boleh booking Grab? Pandai pula dia guna kemudahan teknologi moden ya! Mengikut zaman sangat.

Apa pun, saya berdoa perkara ini tidak akan terjadi ke atas saya. Jika berlaku, silap gaya mahu saya berhenti bawa Grab!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya