KUALA LUMPUR: Walaupun Sabah sudah mempunyai Ketua Menteri baharu selepas Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah semalam, ia bukan jaminan gabungan politik Perikatan Nasional (PN) dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) kekal stabil. Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Ationg menjangkakan, perubahan juga boleh berlaku pada bila-bila masa jika keinginan parti komponen tidak ditunaikan. Justeru, katanya, PN harus memastikan semua penyokongnya tidak beralih arah selain memastikan hubungan dengan UMNO kekal terjalin. “Saya mengandaikan sekurang-kurangnya PN, BN atau Parti Warisan Sabah (Warisan)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya