Aduh, Laparnya… kata Sahrul dalam hati. Dia memaut stereng dengan kemas sambil matanya melilau ke kiri kanan jalan. Sesekali matanya menjeling ke arah jam yang terletak di papan pemuka kenderaannya. Sudah pukul 12.45 malam. Dia mengusap-usap perutnya yang semakin berkeroncong. Menyesal pula rasanya kerana tak singgah makan di pekan tadi, kalau tidak pasti tak jadi begini. Sedang dia leka memandu tiba-tiba matanya tertumpu ke arah limpahan cahaya lampu di sebalik deretan pohon-pohon getah yang memenuhi sepanjang jalan. Sahrul memperlahankan kenderaan. Dia menghembus nafas lega sebaik sahaja matanya terlihat sebuah warung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya