Pencemaran sungai di Selangor kes serius - KPN - Utusan Malaysia

Pencemaran sungai di Selangor kes serius – KPN

ABDUL Hamid Bador (barisan depan, tiga dari kiri) dan timbalannya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (barisan depan, tiga dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua jabatan pada Majlis Serah Terima Tugas Empat Pengarah Jabatan PDRM di Cheras, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Ma­laysia (PDRM) menyifatkan isu pencemaran air dan pencerobohan tanah termasuk di Sungai Gong, Rawang, Sela­ngor yang me­ngakibatkan kira-kira lima ju­ta pengguna sekitar Lembah Klang mengalami gangguan be­kalan sebagai kesalahan serius serta sangat berat .

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kes tersebut perlu diklasifikasikan sebagai jenayah terancang dan diletakkan di bawah Akta Kesa­lahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma).

Katanya, PDRM melihat setiap sudut untuk mengenakan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan ada unsur sabotaj pihak tertentu.

“Pertemuan telah diadakan dengan pelbagai pihak dan agensi termasuk Jabatan Peguam Negara. Ada beberapa perkara yang ditimbulkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) antaranya kesalahan ini amat berat dan menimbulkan kesan meluas.

“Polis akan menyiasat jika ada unsur mengugut, menakutkan, sabotaj dan perbuatan yang berulang kali,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Maktab PDRM, di sini semalam.

Pertukaran empat pengarah jabatan baharu adalah Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid, Datuk Ramli Din, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar dan Datuk Seri Mazlan Lazim.

Razarudin dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik; Ramli (Pengarah Jabatan Pengurusan); Abdul Rahim Jaafar (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) dan Maz­lan (Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi).

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, pihaknya menye­rahkan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung idea penubuhan unit jenayah alam sekitar yang dikatakan akan be­kerjasama dengan PDRM.

“Jika ia direalisasikan, saya mohon ada pertambahan perjawatan. PDRM sudah beri komitmen bantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Kita juga menjalankan tugas untuk mencegah penyeludupan secara besar besaran. Tugas-tugas bertambah.

“Kami sanggup terima tanggungjawab dan kami yakin ka­mi mampu jaga alam sekitar,” katanya.

Unit itu turut akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk me­nyelaras tindakan bersama antara agensi penguat kuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya