JOHOR BAHRU: Selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan negeri Johor, nama bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian tidak pernah lekang menjadi bahan laporan berita. Ini berikutan status pendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas tersebut menjadi persoalan sama ada masih menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PN atau sebaliknya. Meskipun dinafikan banyak kali oleh tuan punya badan, namun kehadiran Osman dalam program tertutup bersama bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menimbulkan 1,001 persoalan. Lebih-lebih lagi beliau dilihat berkempen untuk calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dalam kempen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya