DATUK Seri Anwar Ibrahim semestinya tidak boleh disalahkan sekiranya beliau melayani keinginannya menjadi Perdana Menteri. Ini kerana itulah persetujuan dalam rundingan asal kepemimpinan Pakatan Harapan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum melangkah masuk gelanggang pilihan raya umum ke-14, 9 Mei 2018. Antaranya Dr. Mahathir akan memegang jawatan nombor satu itu sekurang-kurangnya dua tahun. Dan Anwar sudah 11 tahun dalam penjara yang tentu sekali merasakan usianya tidak tertanggung lagi untuk melangkah masuk ke Putrajaya. Lagipun adalah logik Anwar yang kini Presiden PKR beranggapan begitu kerana PKR merupakan pemilik kerusi Parlimen terbanyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya