MUNGKIN masih ada yang lupa kita masih belum menang dalam misi melawan musuh utama dunia. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada ketika ini begitu ego membuatkan umat manusia seantero dunia menjadi resah gelisah menantikan bilakah bencana ini akan berakhir. Masihkah kita ingat pada awalnya, Mac lalu kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Ekonomi negara menjadi gawat, pergerakan rakyat tersekat dan jumlah pengangguran meningkat. Tugas memutuskan rantaian wabak ini memerlukan kerjasama sepenuhnya antara pihak kerajaan dan rakyat. Pihak kerajaan menggubal dasar awam, menjalankan operasi pemantauan dan memastikan kebajikan rakyat dijaga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya