KONSEP sastera kebangsaan bukanlah sesuatu yang baharu, walaupun pengisiannya memang belum dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh para penulis tanah air yang menghasilkan karya bahasa kebangsaan. Secara mudah, sastera kebangsaan merujuk kepada karya fiksyen yang ditulis dalam bahasa kebangsaan oleh penulis pelbagai kaum, agama, etnik dan latar belakang. Karya itu pula perlu membantu pembaca memahami dan mengenali budaya, amalan serta pemikiran komuniti yang diwakili oleh penulis terbabit. Secara tidak langsung, sastera kebangsaan menyumbang kepada persefahaman, tolak-ansur, perpaduan, hormat-menghormati dan sikap menerima dengan baik sebarang perbezaan yang wujud secara semula jadi. Maka karya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya