SEGAMAT: Sebagai menghargai peranan petugas barisan hadapan Covid-19, seramai 292 murid Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Pemanis (1) menghasilkan kad ucapan bertemakan Malaysia Prihatin sempena Sambutan Bulan Hari Kebangsaan 2020 anjuran sekolah tersebut baru-baru ini. Guru Besar SK LKTP Pemanis (1), Helmyazizul Abdul Hamid berkata, usaha tersebut juga melibatkan murid pra sekolah dan pendidikan khas dengan masing-masing berjaya menyiapkan kad ucapan itu minggu lalu. “Kesemua murid melukis kad ucapan Hari Kebangsaan pada kertas dengan tema Malaysia Prihatin sebagai menghargai pejuang kemerdekaan termasuk petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu negara mengekang Covid-19.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya