REMBAU: Seorang bekas tentera tidak dapat melupakan detik cemas apabila dia terjun dari helikopter tanpa menggunakan alat keselamatan dalam satu operasi memburu komunis di Kuching, Sarawak sekitar awal tahun 70-an. Veteran tentera itu, Kamaruddin Itam, 82, berkata, semasa Operasi Jala Raja di Kampung Muara Tebas, Kuching, Sarawak, dia mengambil keputusan terjun dari ketinggian 30 meter selepas mendapat maklumat awal kawasan perkampungan berpaya itu mula dijadikan sarang persembunyian komunis. Menurutnya, dia nekad terjun dari helikopter namun sempat memberikan amaran kepada rakan lain untuk tidak berbuat demikian jika terjunannya itu berakhir dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya