KLUANG: Kehadiran kawanan gajah liar di Kampung Sri Tambak Asri di sini bukan sahaja menjejaskan kehidupan penduduk malah memusnahkan tanaman mereka. Masalah itu dakwa penduduk berpunca daripada tindakan membuka hutan di Kahang untuk projek Loji Rawatan Air Empangan Kahang seluas kira-kira 2,000 hektar tiga tahun lalu. Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Kesejahteraan Kampung Sri Tambak, Asri Abdul Samad berkata, masalah itu mula meruncing sejak 2015. “Sejak itu, binatang digelar ‘orang kuat’ oleh penduduk setempat mula memasuki kampung-kampung untuk mencari makanan,” katanya ketika ditemui semalam. Katanya, kampung yang terbabit adalah Kampung Ilham,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya